Setiap kali hujan lebat berterusan, penduduk Kampung Sulim, Papar akan mula resah.

Hujan yang sering disifatkan sebagai rahmat itu tidak bagi mereka.

Ini kerana situasi itu mengundang ancaman banjir kilat beberapa hari kepada 156 buah rumah di kampung itu.

Dakwa mereka, perkara itu berlaku susulan tiada perparitan sistematik ekoran pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo.